Sila baca apakah sebenarnya KIK dan perbedzaan KIK (yang terkini) dengan KMK (yang dulu):

PENGENALAN

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan didalam dan luar negara, Kerajaan telah mengkaji semula peranan dan

kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Berbeza dengan KMK, keahlian KIK tidak hanya terhad di kalangan anggota kumpulan sokongan dalam satu bahagian sahaja tetapi ia meliputi semua peringkat anggota dan boleh merentasi pelbagai bahagian dalam organisasi berkenaan. Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk

menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatankepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan

menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

KONSEP KIK

Ringkasan Topik

Konsep KIK

Menerangkan:

• Definisi Inovasi

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana

aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Contoh Inovasi:

♦ Sistem Penempatan Pelajar Praktikum Secara Atas Talian (OPSP) oleh

Universiti Utara Malaysia (UUM), iaitu:

“Mengembangkan pangkalan data yang berstatus Intra-Net kepada Extra-Net bagi mempercepatkan proses penempatan pelajar secara atas talian dan meminimumkan penggunaan kertas (paperless) yang menjimatkanmasa dan kos”.

Definisi Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiranimaginasi. Ia melibatkan:

♦ Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik

♦ Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian

♦ Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

Contoh Kreativiti:

♦ Perkakas untuk Memasang dan Membuka Bunting atau Bendera Pada Tiang Lampu dan seumpamanya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), iaitu:

“Mencipta alat baru bagi memudah dan mempercepatkan proses

memasang dan membuka bunting atau bendera pada tiang-tiang lampu tanpa menggunakan kaedah konvensional seperti tangga atau skylift”.

Prasyarat Kreativiti

Antara prasyarat yang perlu ada bagi membolehkan kreativiti wujud di kalangan pekerja sesebuah organisasi ialah:

♦ Mempunyai daya imiginasi yang tinggi untuk melihat sesuatu secara berlainan

♦ Berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak (think out of the box), analitikal, kritikal dan praktikal

♦ Melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baru

♦ Mempunyai komitmen yang tinggi, iaitu bersabar terhadap kompleksiti dan isu-isu yang timbul serta tenang dan tabah menghadapi cabaran dengan berusaha menangani masalah dan halangan yang dihadapi

♦ Berupaya mengenal pasti masalah dengan mengemukakan soalan yang menjurus kepada penemuan isu dan jawapan serta jalan penyelesaian

♦ Menggunakan minda yang kreatif untuk menemui perspektif baru

♦ Bersedia menghadapi risiko dan berupaya menerima kegagalan serta belajar daripada kegagalan tersebut

♦ Bersedia dikritik dan mengenepikan ego serta mendapatkan nasihat daripada rakan dan mencuba ideanya

♦ Mempunyai motivasi dalaman, iaitu rasa gembira, berpuas hati dan menjadikan kerja sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan

Prinsip dan Kaedah KIK

Antara prinsip dan kaedah pelaksanaan KIK ialah:

♦ KIK adalah sepasukan pekerja (4-10 orang) yang mewakili tempat kerja yang sama atau bersilang fungsi

♦ KIK bermesyuarat secara tetap untuk menyelesaikan masalah kerja atau membuat penambahbaikan ke atas standard yang sedia ada atau menghasilkan cara kerja atau sistem perkhidmatan yang baru

♦ Pasukan ini mengenal pasti, memilih, menganalisa dan seterusnya mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif mengenai sesuatu isu atau perkara berkaitan dengan kerja atau organisasi

♦ Pasukan ini mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan

♦ KIK melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui

♦ KIK membuat pemantauan dan penilaian pelaksanaan projek

♦ KIK mengambil tindakan membuat penyeragaman dan meluaskan pelaksanaan projek

Perbezaan KIK Dengan KMK

Antara perbezaan KIK dengan KMK ialah:

KIK

♦ Keahlian terbuka atau merentasi semua bahagian

♦ Terdiri daripada pekerja di pelbagai peringkat jawatan

♦ Penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti, selain

daripada penyelesaian masalah

♦ Teknik penyelesaian masalah dipelbagaikan

♦ Memasukkan teknik penjanaan idea kreatif dan strategi

penambahbaikan proses

KMK

♦ Keahlian terhad kepada anggota dalam bahagian yang sama

♦ Terdiri daripada anggota dalam kumpulan sokongan

♦ Penekanan kepada aspek penyelesaian masalah

♦ Teknik penyelesaian masalah terhad kepada beberapa alat

kawalan kualiti tertentu sahaja

♦ Tiada teknik penjanaan idea kreatif dan strategi penambahbaikan proses

Falsafah KIK

Falsafah KIK adalah seperti berikut:

♦ Konsep pengurusan secara kemanusiaan, iaitu pengurusan yang menekankan aspek modal insan yang merupakan aset terpenting di dalam sesebuah organisasi

♦ Konsep pengurusan secara penyertaan, iaitu setiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi

♦ Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan standard yang sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru

♦ Menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan

♦ Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif

♦ Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati dengan ketara dan secara meluas. Dengan itu, impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan

Objektif KIK

Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:

• Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi

• Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja

• Semangat bekerja secara berpasukan

• Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif

• Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja

• Dorongan kerja yang tinggi

• Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,organisasi dan negara

• Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif

• Pewujudan hubungan yang harmorni di antara pihak pengurusan dan pekerja

Faedah Kepada Organisasi

Antara faedah KIK kepada organisasi adalah:

• Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru

• Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)

• Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja

• Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak

pengurusan

• Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi

• Meningkatkan daya saing organisasi

• Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan

Dan seterusnya…..

(sila lihat Panduan KIK dari www.mampu.gov.my dengan lebih jelas)

Sila Hubungi Ramli Abu Hassan –Pakar Rujuk KIK@KMK di hp:019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

About these ads
Comments
  1. Jaimun Sunggak says:

    Askm. apakah tajuk-tajuk yang sesuai untuk KIK ? boleh tak cara persembahan dibawa seperti KMK oleh kerana ini adalah kali pertama mengikuti KIK…

    Terima Kasih.

    t.t.

    • pramleeelvis says:

      Salam,
      KIK adalah usaha untuk membuat projek yang kearah penambahbaikkan dan tajuk2nya perlu tumpuan kepada tambah nilai sesuatu proses atau memperbaiki fungsi atau keadaan sesuatu mesin atau alat yang biasa digunakan.Persembahan KIK adalah macam KIK tapi perlu menyatakan proses2 inovasi dan kreatif yang telah dipraktikan oelh kumpulan.Kriteria penilaian persembahan KIK sekarang telah pun di pinda dengan memasuki elemen2 kreatif&inovatif yang kumpulan KIK telah aplikasi atau laksanakan dalam projek tersebut.Sila lihat garis panduan kriteria penilaian KIK yg pihak INTAN ada sediakan itu.
      Untuk membantu organisasi anda dalam melaksanakan projek KIK hingga berjaya serta memahami segala keperluan atau teknik KIK tersebut harap menjemput Ramli untuk membuat kursus KIK serta membimbing kumpulan2 KIK di jabatan atau syarikat anda dengan cara yang terbaiknya dan berjayanya.Hubungi Ramli di 019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com untuk keterangan lebih lanjut.Wassallam.

  2. Amieza says:

    Assalamualaikum..saya adalah salah seorang ahli kump. KMK(dulu) skrg(KIK)..kump. saya memang mempunyai satu projek KIK bahagian pengurusan yang akan dipertandingkan prkt negeri..jadi boleh ke saya dapatkan maklumat..tentang cara persembahan yang sebenarnya tentang KIK…dan bagaimana untuk menyampaikannya. Adakah sama seperti kump.KMK?

  3. Zaidi says:

    Assalamualaikum En Ramli…
    Setelah saya baca artikel tentang perbezaan KIK dan KMK, saya amat teruja akan konsep dan matlamat KIK diperkenalkan.

    Di sini amat besar harapan saya untuk mendapatkan pandangan dan nasihat tentang projek saya bersama kumpulan.

    Saya telah mencipta dan membangunkan aplikasi berinteraktif seperti sebuah sistem berkonsepkan kiosk (prototaip)dengan menggunakan software Micromedia Director (Pirate) pada tahun 2007 (kalau tak silap). Walau bagaimanapun ianya tidak mendapat sebarang respon yang baik dari pengarah mahu pun Ketua Pengarah.

    Saya bangunkan aplikasi tersebut berdasarkan keperluan kerja saya dan rakan setugas dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan samada di kaunter atau pun secara talian telefon.

    Setiap hari kami akan menerima pertanyaan yang sama. masalah kurang pengetahuan di kalangan pelanggan tentang dokumentasi (lewat/tidak lengkap)yang menjurus kepada permasalahan kepada kami dalam memproses permohonan pelanggan. Pelanggan kami adalah dikalangan bakal pesara anggota tentera.

    Daripada pengamatan saya, paling banyak soalan pertanyaan yang dikemukan adalah soalan-soalan yang sama. Dari situ saya membuat kajian secara persendirian.

    Dari situ saya telah dapat buat suatu kesimpulan yang banyak menyentuh tentang permasalahan (seperti dalam konsep KIK sendiri). Sebenarnya amat banyak perbezaan tentang KMK dan KIK bagi saya. Saya juga berharap bangsa melayu yang bekerja di dalam sektor kerajaan akan terus peka dan malu dengan budaya kerja yang sambil lewa dan hanya menunggu hari pencen sahaja.

    Di sini saya mohon jasa baik En Ramli untuk menjayakan hasrat saya yang sejak 3 tahun lepas dan kini telah mendapat sokongan dari beberapa orang pegawai yang datangnya dari lain2 jabatan. Kini mereka turut sama berusaha untuk menjayakan produk rekaan dari saya yang akan digunakan oleh Anggota Tentara. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada En Ramli, saya memohon sekali lagi supaya diberikan pandangan dan nasihat.

    Sekian saja dari saya, terima kasih.

    Assalamualaikum…

    • pramleeelvis says:

      Salam Encik Zaidi,

      Alhamdulillah dapat respon dari Encik Zaidi dengan rencana2 KMK@KIK yang saya telah banyak selitkan dalam blog saya ini.
      Seperti yang Encik Zaidi mungkin faham aktiviti KMK sekarang di panggil KIK di sektor perkhidmatan awam sejak 2009 adalah aktiviti secara kumpulan kecil yang ramai disertai dari kumpulan sokongan dimana mereka dikehendaki membuat projek penambahbaikan akan sesuatu proses kerja atau menghasilkan suatu inovasi seperti Encik Zaidi ada mengilhamkan itu dengan mengapplikasikan alat2 QC serta berpandukan kaedah PDCA dimana kita membuat projek KIK kita dengan berpandukan langkah2 yang tersediaada dalam putaran Deming atau PDCA.Ini adalah kelebihan cara bekerja dengan KIK dari cara2 aktiviti2 kumpulan lain yang mungkin tidak berpandukan kaedah atau mengapplikasikan alat2 QC ini.

      Jika Encik Zaidi masih bekerja dan rekaan Encik Zaidi mungkin boleh digunakan oleh pihak ATM adalah baik berjumpa dengan pihak Pengurusan Encik Zaidi memberitahu akan cadangan inovasi Encik Zaidi secara bertulis dan mohon dibalas atau diberi nasihat akan apa langkah2 atau keputusan yang pihak Pengurusan akan ambil.Jika mereka proktf tentu mereka akan menjemput Encik Zaidi dan kumpulan untuk mengusahakan projek ini dari aspek KIK atau projek khusus.
      Jika Encik Zaidi tidak ada respon dari pihak Pengurusan adalah baik dikemukakan kepada pihak lain yang mungkin boleh terima pakai atau ingin membantu projek Encik Zaidi dilaksanakan sehingga mendapat hasil.Encik Zaidi haruslah ikut peraturan Majikan yang sediaada supaya segala urusan rekaan tersebut mematuhi akta2 atau hak intelektual syarikat dimana Encik Zaidi bekerja.
      Itulah yang saya dapat nasihatkan dan saya pun tidak jelas lagi akan apakah projek inovasi Encik Zaidi dan faedah2 ketara dan tidak ketaranya.
      Sekian.
      Wassallam.
      Ramli
      019-2537165
      ramlipromoter@yahoo.com

      • zaidi says:

        Alhamdulillah…dpt respon yg begitu cepat dari En Ramli. Terima kasih banyak2 atas pandangan dan nasihat itu.
        InsyaAllah saya akan hubungi En Ramli melalui telefon dalam masa terdekat ini.

        Terima kasih banyak-banyak.

        Assalamualaikum…

  4. chikot says:

    sy dah involved dalam KMK (skrang known as KIK) since 2005 tapi still, saya tak tahu macam mana nak buat ‘rajah hubungkait’ yang betul. so far bila konvensyen juri mesti tegur salah… can u help me?

    • pramleeelvis says:

      Salam,
      Rajah Hubungkait ialah Relations Diagram.
      Cara membuatnya berbedza dengan rajah tulang ikan atau rajah sebab akibat.
      Rajah Hubungkait adalah baik diapplikasikan apabila kita hendak mengenalpasti sebab2 yang berlaku tanpa terbatas kepada faktor 4M1E (man,machine,material,method & environment) seperti yang kita lukiskan dalam rajah tulang ikan.
      Dalam Rajah HUbungkait kita bebas dengan sebab2 yang ada dan asalkan sebab2 itu mengakibatkan sesuatu maka kita boleh melukiskannya tapi dalam rajah tulang ikan kita perlu tunjuk hubungkait sebab2 manusia atau mesin dll faktor (tulang utama) sahaja yang mengakibatkan kepada akibat atau “effect” itu.
      Rajah Hubungkait adalah antara New Mgmt Tools of QC seperti Affinity Diagram,Tree Diagram dll
      jika perlu..sila log in di http://www.asq.org…type relations diagram..ada contoh2nya dan cara membuatnya…

      Jika perlu,hubungi saya(Ramli) mungkin saya boleh buat latihan New Mgmt Tools untuk organisasi anda.Ramli 019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

  5. syafiq says:

    Salam…
    Di organisasi saya, sering berlaku masalah dalam penyimpanan dokumen (filing).Kadangkala, dokumen/fail sering hilang, fail diselenggarakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sukar untuk menyemak semula dokumen-dokumen/ surat-surat yang terdahulu,ia memberi masalah sekiranya pihak audit ingin menyemak fail-fail.Selain daripada itu, ruang untuk menyimpan kotak-kotak fail adalah terhad.
    Oleh yang demikian, saya berhasrat mencipta suatu sistem untuk memudahkan kerja-kerja menyimpan & merekod dokumen. Dengan adanya ‘Filing System On9′ pengurusan fail dapat dilaksanakan secara sistematik. Ianya juga, memudahkan pihak audit untuk menyemak bukti-bukti/dokumen-dokumen secara on9.
    Untuk menyokong ‘Filing System On9′. Satu alat ‘Scanner’ perlu direka khas untuk memudahkan dokumen di dalam kertas direkod ke dalam sistem. Kertas mengandungi dokumen yang telah direkod boleh di lupuskan untuk di kitar semula.Dengan cara ini penggunaan kotak fail dapat dikurangkan. Sekiranya suatu dokumen di perlukan, individu hanya perlu mencetak dokumen daripada sistem.
    Di sini saya ingin memhon jasabaik Encik, untuk memberi pandangan serta pendapat Encik berkenaan dengan inovasi ini. Untuk maklumbalas, sila emailkan di : peacefory@yahoo.com .
    Sekian, terima kasih.

  6. zamzam says:

    KIK buang masa n duit kerajaan je sbb tiap2 thn kene buat. byk peringkat plak tu, x ke buang duit, sedangkan kerajaan dah takde duit ?

    patut dikaji semula la, berapa byk sgt pun projek KMK/KIK yg dilaksanakankan? Kebanyakannya setakat buat projek yg menipu n semata2 utk join konvensyen n pilih wakil jabatan. Lepas 2 apa jadi dgn projek ?
    hakikatnya borang soal selidik pun ahli sendiri yg isi. so kerajaan tolong kaji semula dasar KIK ni, x perlu lah tiap thn nak buat sbb hanya BUANG DUIT utk konvenyen.

    dah bertahun2 KMK/KIK tp nape projek yg memang x digunakan/diselaras disemua jabatan ? sedangkan masa konvensyen, kata dah buat tindakan penyeragaman, so semuanya TIPU semata2.

    kerja hakiki / tugasan harian kene buat, KIK kene buat tp ahli KIK x diberi apa2 keistimewaan, semakin membebankan staff.

    • pramleeelvis says:

      Salam,
      Apa yang ditulis oleh saudara amat benar dan kita semua kenalah faham kemana arah yang terbaik untuk KIK@KMK.
      KIK@KMK sudah wujud lebih 25 tahun di Malaysia dan hasilnya tidak seperti yang di mahu berbanding dengan hasil QCC di Jepun khususnya!
      Kita perlu kaji dan cari idea2 baru untuk pengurusan dan penglibatan yang terbaik dalam Dunia KIK@KMK diMalaysia ini.
      Harap Ramli dapat menceritakan lagi pasal KIK@KMK ini pada masa akan datang.Maaf agak sibuk sekarang..kita jumpa lagi

      Wassallam
      Ramli
      hp:019-2537165

      emel: ramlipromoter@yahoo.com

  7. johnbonjovi says:

    penipuan sms KIK bergantung pd individu itu sendiri pasal buang duit buang duit yg mcmane plak kami buat KIK pn mkn seniri2 so ape yg buang duit gomennye kami lg nk minimisekn penggunaan yg membazir kalau nk cite psl buang duit byk lg perkara yg patut diCUTkn jgn libatkan KIK knape korang x laksanakan KIK sedangkn kami work on je kami lg suke KIK INOVASI name pn INOVASI kt mane2 pn kena ade inovasi kt private pn adelah jgn nk sdp je tuding jari kt org lain tgk kita 2 dulu

  8. Rusli Kassim says:

    Saya nak tahu perkara berikut :

    1-Apakah komponen-komponen dalam struktur KIK ??

    2-Agaknya apakah bentuk latihan yang perlu diberikan kepada ahli KIK ??

    3-Biasanya apakah jenis pengiktirafan yang akan diberikan kepada KIK ???

    TQ

  9. yan says:

    Salam tuan.
    Saya sbg ketua kump untuk KIK tahun ini mewakili jbtn berhasrat utk mbawa permasalahan sistem filing untuk penyimpanan data2 seperti pekeliling, arahan jbtn, minit mesyuarat utk jbtn kami dengan menukarkan sistem tersebut kepada satu sistem online yang dpt di access dengan hanya menggunakan satu jari – one touch sahaja untuk mendapatkan dokument tersebut. Amatlah berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi tunjuk ajar dan komen tentang idea tersebut. Terima kasih tuan.

    • pramleeelvis says:

      Puan,

      Dalam setiap projek KIK adalah penting kita mengenal pasti samada ia projek menyelesaikan masalah (problem solving) atau penambahbaikan (breakthrough).Dengan cara ini projek kita akan melalui proses PDCA yang agak berbedza kerana yang pertama kita perlu mencari root cause masalah itu dan yang kedua kita perlu buat percambahan fikiran mungkin dengan mengapplikasi alat2 QC baru seperti affinity diagram atau relations diagram untuk mencari idea2 baru akan membuat sesuatu penambahbaikkan.

      KIta juga perlu lihat agara usaha ini datang dari idea2 yg asli atau kita mengambil atau invest membeli sistem yg berteknologi tinggi spt software atau alat2 IT yang perlu pelaburan yang tinggi juga.

      Jadi KIK anda kena lah membuat penilaian akan faktor kos,impak projek,dalam bidang kuasa KIK ke dan lain2 lagi agar projek KIK mengikut garis panduan jabatan yang sediada.Kemungkinan projek KIK ini bukan dalam bidang kuasa KIK anda tetapi bagi Team Pengurusan yang lebih arif dan bertanggung jawab.

      Harap penjelasan rengkas ini dapat membantu KIK anda membuat penilaian dan tindakan selanjutnya.Inshallah

      Ramli boleh di hubungi di 019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

      Sekian.

      Ramli

  10. rusita says:

    boleh tak bagi contok teknik blue ocean strategi di dalam kik

    • pramleeelvis says:

      Salam,Untuk contoh BOS mungkin KIK anda boleh menjelaskan akan pemilihan aktiviti inovasi dari cara yang sediada ke cara2 terbaru atau blue ocean dimana tiada kumpulan pernah cuba..dengan cara BOS maka hasilnya lebih baik dan sangat berkesan…

  11. Mila says:

    salam tuan,
    Ini pertama kali saya masuk KIK. Saya kurang arif mengenai KIK ini. Kumpulan saya bercadang untuk membuat sistem database. Apakah bahan – bahan yang perlu ada dalam projek tersebut. Amatlah berbesar hati jika tuan dapat memberi idea dan tunjuk ajar dalam melaksanakan projek tersebut.Terima kasih.

    • pramleeelvis says:

      Salam,
      Tahniah kerana jejak dalam dunia KIK.
      Seperti biasa kita perlu belajar akan apa itu KIK dari aspek falsafah,struktur dan teknik2 nya
      Kemudian kita perlu memahami alat2 KIK spt PDCA,Basic 7 Tools dan New Mgmt Tools dll
      Jika pihak kerajaan harap baca Mampu Guide-KIK yg terkini edisi Nov 2009.
      Tentang projek perlu faham apakah keadaan di temnpat kerja anda?apakah masalah2 yg di hadapi?Jika nak buat “breakthrough” projek maka perlu branstorming lah cari idea2 dan banyak lagi…
      Perlu ikut PDCA cycle dan teknik2 lain yang baik dan perlu..
      Jika ada bajet,jemput Ramli untuk mengajar dan fasilitate KIK anda.
      Hubungi Ramli di hp:019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

      salam
      ramli
      shah alam

      • Mahathir Mohamad says:

        Salam,

        Ini pertama kali saya masuk KIK. Saya kurang arif mengenai KIK ini. Kumpulan saya bercadang untuk tajuk ALAT MUZIK TIDAK DI GUNAKAN SEPENUHNYA DI TABIKA. Apakah bahan – bahan yang perlu ada dalam projek tersebut. Amatlah berbesar hati jika tuan dapat memberi idea dan tunjuk ajar dalam melaksanakan projek tersebut.

        Mahathir
        0193445508

      • pramleeelvis says:

        Salam,
        Saya baru baca msg tuan dan saya harap tuan berada dalam keadaan sihat dan masih berminat dgn KIK.Adalah sangat wajar pihak tuan menubuhkan KIK kerana dengan usaha secara kumpulan menggunakan teknik2 QC dan berpandukan Putaran PDCA kita boleh membuat projek KIK dan cuba meyelesaikan masalah tempat kerja serta membuat penambahbaikan juga.Harap dapat menghadiri kursus KIK dan mempelajari dgn mendalam akan semua hal pasal KIK serta mendapat faedah ketara dan tidak ketaranya.

        Hubungi Ramli di hp:0192537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

        Sekian
        Ramli

  12. nur says:

    Salam,

    Ini merupakan kali pertama saya masuk KIK. Sejujurnya saya memang tidak faham apa itu KIK. Adakah kita perlu mencipta sesuatu atau adakah kita perlu menginovasikan sesuatu perkara itu supaya nampak lagi kreatif dan berinovasi. Untuk pengetahuan tuan, boleh dikatakan saya seakan terpaksa memasuki kumpulan KIK ini bagi menggantikan orang. Oleh itu, saya telah pun terlepas beberapa mesyuarat yang telah membincangkan berkaitan KIK ini. Oleh itu, saya telah diminta oleh ahli kumpulan yang lain untuk lebih cekap dan kreatif dalam meluahkan idea. Walau bagaimanapun, masalah saya ialah, saya memang tidak tahu apa itu KIK, konsep KIK, keperluan KIK dan sebagainya. Saya cuba untuk study/kaji semula setiap apa yang telah ahli saya bincangkan pada mesyuarat-mesyuarat yang lepas, malangnya saya masih tidak faham dan gagal dalam memberikan idea kepada ahli kumpulan. Saya berasa seperti tidak berguna apabila gagal memberikan idea/pendapat kepada ahli kumpulan dan saya juga bukan lah seorang yang kreatif dan dapat memberikan idea secara terus (on the spot). Harap tuan dapat membantu saya.

    • pramleeelvis says:

      Salam,
      KIK atau asalnya QCC adalah aktiviti secara berkumpulan di tempat kerja kita untuk membantu pihak pengurusan menyelesaikan masalah atau pun membuat penambahbaikan pada proses kerja kita.KIK atau ICC di Malaysia ini adalah sebah kumpulan kecil merangkumi antara 4-10 orang ahli.
      Bagi sektor kerajaan adalah elok puan rujuk pada Panduan KIK terbitan Nov 2009 yg di keluarkan MAMPU sebagai rujukan dan mengenal lebih mendalam segala falsafah dan metodologi KIK.Harap layar ke http://www.mampu.gov.my dan download file KIK itu.
      Layari juga website Ramli terutama http://www.kikmalaysia.wordpress.com untuk info2 KIK
      Dalam usaha KIK ini kita perlu kerjasana esrat antara semua ahli2 KIK anda dan perlu study and study always about QCC@KIK

      Harap usahakan perkara2 tersebut dahulu kerana banyak lagi perlu dipelajari dalam Dunia KIK ini

      Selamat Berjaya.

      Harap jemput Ramli untuk buat latihan KIK dan mendalami ilmu2 KIK

      Ramli
      0192537165

  13. hazel says:

    Saya terlibat dalam KIK di tempat kerja saya. Projek yang dijalankan adalah penambahbaikan tata kerja di unit kami. Masalahnya, bagaimana penyeragaman boleh dilakukan sedangkan projek ini hanya terpakai untuk unit kami dan apakah aplikasi daripada isu penyeragaman tersebut pada projek kami nanti. Boleh tak tuan jelaskan apakah contoh penyeragaman yang jelas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s