Patutlah Kedai Along banyak pasal nak pinjam duit dari Bank susah dan riba’ pun tinggi!Along nak pinjam senang tapi awas jgn tak bayar!

Posted: April 22, 2010 in All about Islam, All about Malaysia
Tags: , , , , , ,

Lewat2 ini Ramli ada pergi ke Bank RHB dan Bank CIMB bertanyakan akan Skim Pinjaman Wang Segera sebanyak RM10,000.00.Pada keterangan yang Ramli dapati dari Bank RHB jika pinjam RM10,000 kena bayar balik hampir RM14,200.00 dalam masa 3 tahun.Pada Bank CIMB pula jika pinjam RM10,000.00 kena bayar balik hampir RM17,200.00 dalam masa 3 tahun juga.

Jika kita pinjam dari Along sebanyak RM10,000.00 mungkin kita kena bayar balik hampir sama banyak atau lebih sikit dari Bank CIMB untuk tempuh bayaran balik 3 tahun!

Berdasarkan kepada fakta ini yang Ramli dapati dari kedua Bank terbesar di Malaysia maka patutlah kehidupan Rakyat Malaysia yang ramainya susah menjadi lebih susah dan ada juga yang menjadi lebih sengsara!Mengapa ini patut berlaku? Kita kan ramai Rakyat beragama Islam dan Islam kan melarang Riba’ dan mengambil keuntungan berlebih2 an!Sekarang ada juga negeri2 di Malaysia yang bawa kekuasaan Pihak Pembangkang (Pakatan) selain yang lain sudah lama bawa kekuasaan Pihak Kerajaan (Barisan Nasional)

Adakah sistem perbankan tidak dapat melindungi Rakyat Malaysia yang susah hidup mereka yang sentiasa perlu “cash flow” atau wang ringgit untuk menyara anak2 mereka serta menampung segala kos2 perbelanjaan hidup yang sangat melonjak naik terutama dengan kehidupan di Lembah Kelang ini.

Kos atau harga barangan sudah “naik gila” tanpa sebab menasabah seperti teh tarik harga RM1.50 segelas atau roti canai RM1 sekeping dan banyak lagi kos seperti rojak biasa RM3.50 sepinggan dan banyak lagilah.Jadi kalau pendapatan seorang bapa hanya RM1,000 sebulan dan anak2nya semua suka makan digerai2 atau pasar2 malam,maka “mampuslah” dan mana boleh menampung kos2 tersebut dengan harga2 luar biasa pada barang makanan yang biasa!Adakah ini menjadi “cerita trajedi hidup” warga2 kota nanti pada 10 tahun akan datang atau trajedi ini sudah pun jadi dan menjadi lebih teruk ibarat gunung berapi yang sudah aktif dan nak melutup keluar saja..anytime!

Oleh kerana “kualiti kehidupan” kita tak ada jaminan atau keluar dari spesifikasinya maka kita terutamanya Kerajaan baik BN atau Pakatan perlu lihat halatuju kita sekarang dan apa akan jadi pada Rakyat dalam masa 3,5 atau 10 tahun ini?Yang pasti di KL kegiatan “organised crime” kian menjadi dengan banyaknya aktiviti haram seperti merompak,samun,menipu,membunuh,kelab malam,rumah urut,minum arak,main judi dan 101 jenis macam maksiat lagi termasuk rasuah dan lain2 CBT.

Polis tidak larat nak buat semua kerja menghapuskan kegiatan2 jenayah ini dan lagi ramai penduduk yang membanjiri KL maka perlu lagi ramai tenaga Polis untuk mengawal dan membendung jenayah!Corrective action tidak lah baik mau pun Preventive action dan apa kita perlu sekarang adalah Proactive action yang akan tidak benarkan sesuatu aktiviti jenayah wujud atau akan wujud samasekali.Kita perlu ada fool proof prevention dimana kes jenayah tidak akan wujud dan sebarang peluang untuk menjadi akan lenyap sama sekali.

Cerita ini agak panjang jadi saya terpaksa buat rumusannya dimana perkara2 ini perlu di lihat serious dan ambil tindakan:

1.Bank perlu prihatin akan masalah Rakyat Miskin dan perlu membuat rancangan untuk membantu Rakyat dengan kadar pinjaman yang rendah dan realisitik walaupun ada unsur Riba’ hingga menunggu sesuatu hari skim Riba’ ini akan di lenyapkan atau “phase out”

2.Along perlu di phase out juga kerana Riba’ nya terlalu tinggi dan cara operasi mereka amat bahaya dan tidak mesra pelanggan.

3.Kerajaan perlu pantau semua harga barang makanan harian dan barang2 keperluan rumah agar tidak berharga tinggi dan tidak menasabah!

4.Rakyat perlu digalakkan berjimat setiap masa dan jangan nak makan diluar selalu kerana makan di rumah lebih bersih,selamat dan ekonomi.Cara kehidupan berfoya2 perlu di kikis dan sekali2 sahaja kita makan diluar lebih baik dan hari2

5.Kekayaan bukan untuk segelintir Rakyat Malaysia sahaja dan perlu di beri peluang untuk ramai lagi usahawan agar kekayaan dapat di beri “fair distribution” seperti lebih baik ada 1000 jutawan dari 1 orang Billionaire!

6.dan banyak lagi perubahan2 yang boleh diambil..secara step by step…

Akhirnya,sebagai seorang Muslim,Ramli perlu berjihad agar RIBA’ di hapuskan dan segala elemen RIBA’ tidak dibenarkan wujud atau membiak.Keuntungan peniaga2 perlu menasabah dan atas dasar prihatin rakyat dan dasar berniaga yang beretika dan tiada tipu menipu.

Sekian.Wassallam.

Ramli

About these ads
Comments
  1. nuranisnordin says:

    Anda mahukan pinjaman yang lebih mudah??

    Kami sedia membantu…buat pinjaman dengan koperasi kami .Segala urusan bank akan kami uruskan tanpa caj..dan anda akan dapati gaji akan meningkat serta RM 1000 milik anda jika memperkenalkannya kepada rakan anda….
    PINJAMAN PERIBADI MBSB TERMURAH DAN NO 1 DI MALAYSIA , MAKSIMA LOAN SEHINGGA 200K -20TAHUN

    * MBSB merupakan anak syarikat KWSP
    * Pinjaman Peribadi ini hanya untuk kakitangan TETAP KERAJAAN dan BADAN BERKANUN
    * Pinjaman sehingga RM200,000
    * Kadar keuntungan tetap 4.9% untuk 15 tahun
    * Kadar keuntungan tetap 5.% untuk 16-20 tahun
    * Berumur 19 tahun ke atas & tidak melebihi 58 tahun semasa tamat pinjaman
    * Berjawatan TETAP dan gaji basic elaun tetap RM800 ke atas
    * Bayaran balik melalui BIRO ANGKASA dan POTONGAN GAJI termasuk pinjaman MBSB tidak melebihi 60% untuk kakitangan KERAJAAN
    * Proses permohonan yang mudah dan cepat
    * Tanpa Penjamin. CTOS/CRISS boleh memohon
    * Perlindungan Insurans Takaful Berkelompok.
    contact:miss anis(017-9465489)

  2. magen says:

    sy memang perlukan duit skarang.RM5000.sy kerja syarikat swasta.sy boleh byr balik dalam 1thn.layak tak sy nak buat pinjaman?macam manakah caranya.tolong sy.pls…..
    harap dibalas.terima kasih.
    016-6048092
    magendran.

  3. nak skim pinjaman wang segera sebanyak rm10,000,00.BANK MAYBANK….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s