Husnul Khatimah-Setiap penyakit ada ubatnya hanya MATI!Adakah anda berusaha mencari Husnul Khatimah?

Posted: June 14, 2010 in All about Islam
Tags: , , , , , , , , ,

Masjid Khariah Ramli iaitu Masjid Nahdhah AlIslam Seksyen 18 Shah Alam mulai pada tahun ini sangat padat dengan kuliah agama bukan sesekali sahaja tetapi sudah mula diprogramkan dengan cara bersiri dan mengunakan kitabkitab yang khusus untuk kuliah kuliah tersebut.Ramli sangat bersyukur akan program atau jadual pengajian bulanan di Masjid Nahdhah AlIslam ini kerana setiap program atau kuliah ada keistimewaannya tersendiri dengan Barisan Para Alim Ustaz Ustaz yang ramai serta berilmu,berpengalaman serta tulus,sentiasa bersedia berkhidmat dan suka memberi tunjuk ajar yang terbaik pada semua para hadirin sekelian.

Pada setiap hari Rabu minggu kedua,Masjid Nahdhah AlIslam akan menganjurkan kuliah bersiri bertajuk “Siratulmaut” yang dibawa oleh Ustaz Mohd Yusof Arbain dan setakat ini sudah 4 siri yang dilaksanakan oleh Al-Ustaz muda ini.

Pada Kuliah yang lepas iaitu pada 9hbJun,2010,Kuliah bersiri bertajuk “Alam Barzah” siri 2 telah dilaksanakan dengan jayanya.

Ramli ingin berkongsi akan fakta fakta yang dapat Ramli catitkan dan diberitahu dalam Blog ini.

Permulaan (Mukadimah):

Mati adalah berakhirnya segala usaha ikhtiar bagi manusia dan mati sebagai penutup tirai bagi sesuatu kehidupan duniawi tetapi mati juga menjadi penentu kepada kehidupan abadi selepasnya.Jika mati yang dilalui itu dengan husnul khatimah atau penyudah yang baik,maka insya-ALLAH dia akan menjalani kehidupan berikutnya dengan aman dan bahagia serta menjadi ahli kebajikan.Sebaliknya jika berakhir dengan su’ul khatimah atau penyudah yang buruk,maka ia adalah petanda buruk yang akan menimpa nasibnya diakhirat kelak.

Husnul Khatimah:

Husnul Khatimah bermaksud dikurniakan taufik sebelum kematian bagi menjauhi perkara perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan ALLAH, bertaubat daripada dosa dan maksiat,sentiasa mengerjakan amal ibadah dan kebaikan dan akhirnya mati dalam keadaan yang baik.

Hadis Riwayat Ahmad:

“Jika ALLAH Azza Wa Jalla menginginkan kebaikan kepada seorang hamba,DIA akan menjadikannya seperti madu.Sahabat bertanya:Apa yang dimaksudkan dengan DIA menjadikannya seperti madu?Nabi SAW menjawab:ALLAH Azza Wa Jalla akan membukakan hatinya untuk beramal soleh sebelum dia mati.Kemudian ALLAH mencabut rohnya.”

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

“Sesiapa yang rindu berjumpa ALLAH,ALLAH pun rindu berjumpa dengannya.Sesiapa yang benci berjumpa ALLAH,ALLAH pun benci berjumpa dengannya.Aku (Aisyah)bertanya:Wahai Nabi ALLAH!Adakah kami semua membenci kematian?Nabi SAW menjawab:Bukan begitu.Tetapi apabila orang mukmin diberitakan akan memperoleh rahmat ALLAH,keredhaan-NYA dan syurga-NYA,dia pasti rindu berjumpa ALLAH.Apabila orang kafir diberitahukan tentang azab ALLAH dan kemurkaan-NYA,dia pasti membenci ALLAH dan ALLAH pun benci berjumpa denganNYA.”

Apakah tandatanda husnul khatimah-Kita belajar 12 tandatanda yang di pilih tersebut dibawah ini,iaitu:

1.Mengucapkan kalimat syahadat menjelang kematian.

Hadis Riwayat Abu Daud:

“Sesiapa yang menakhiri perkataannya dengan kalimat Laa Ilaha Illah,maka dia masuk syurga.”

2.Dahi berpeluh menjelang kematian

Hadis Riwayat Ahmad,al-Tirmizi dan al-Nasaai:

“Kematian orang mukmin akan disertai keringat pada dahinya.”

3.Mati pada malam Jumaat atau siang harinya.

Hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmizi:

“Seorang muslim yang meninggal pada hari atau malam Jumaat akan diselamatkan oleh ALLAH daripada fitnah kubur (iaitu soalan2 dari Mungkar dan Nangkir).”

4.Mati dalam keadaan beramal soleh.

Hadis riwayat Ahmad:

“Sesiapa yang mengucapkan “La Illaha Illallah” kerana mengharapkan keredhaan ALLAH dilalu menjadikan itu kalimah terakhirnya,dia akan masuk syurga.Sesiapa yang bersedekah dengan sesuatu kerana mengharapkan keredhaan ALLAH kemudian meninggal dalam keadaan itu,dia akan masuk syurga.”

5.Mati ketika berperang pada jalan ALLAH.

Hadis Riwayat Muslim:

“Sesiapa yang terbunuh pada jalan ALLAH,dia mati syahid.Sesiapa mati pada jalan ALLAH,dia mati syahid.”

6.Mati kerana Taun.

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

“Taun menjadikan setiap muslim mati syahid.”

7.Mati kerana Sakit Perut.

Hadis Riwayat Muslim:

“Sesiapa yang meninggal kerana sakit perut,dia mati syahid.”

8.Mati kerana terkena Runtuhan atau Lemas.

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

“Syahid terbahagi kepada 5,iaitu mati kerana taun,sakit perut,lemas,tertimpa runtuhan dan mati syahid pada jalan ALLAH.”

9.Wanita yang mati semasa melahirkan anak atau dalam keadaan hamil.

Hadis Riwayat Abu Daud:

“Wanita yang meninggal kerana mengandung mendapati mati syahid.”

Hadis Riwayat Ahmad:

“Dan Wanita yang sedang mengandung anak adalah syahid.Anak itu akan menarik ibunya dengan tali pusatnya kedalam syurga.”

10.Mati terbakar,lumpuh dan menderita sakit paru paru.

Hadis (tak diberitahu dari mana sumbernya lagi..):

“Terbunuh dijalan ALLAH termasuk syahid,mati kerana taun termasuk syahid,mati lemas termasuk syahid,mati kerana sakit perut termasuk syahid dan wanita nifas (melahirkan) akan ditarik oleh anaknya dengan tali pusatnya ke dalam syurga.”

11.Mati kerana mempertahankan agama,harta atau kehormatan diri.

Hadis Riwayat al-Tirmizi:

“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya,maka dia syahid.Sesiapa mati kerana mempertahankan agamanya,maka dia syahid.Sesiapa yang mati kerana mempertahankan dirinya,maka dia syahid.”

12.Mati dalam keadaan menjaga sempadan dijalan ALLAH.

Hadis Riwayat Muslim:

“Menjaga sempadan satu hari dan satu malam lebih baik daripada berpuasa selama satu bulan dengan qiamullail.Jika seseorang itu mati,maka amal kebaikannya sentiasa mengalir kepadanya,rezekinya dijamin dan selamat dari pembuat fitnah.”

Apa itu SU’UL Khatimah?

Su’ul Khatimah (akhir yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan berpaling daripada ALLAH,berada diatas murkaNYA serta meninggalkan kewajipan yang diperintahkan ALLAH.

Su’ul Khatimah (kesudahan yang buruk) mempunyai 2 peringkat:

1.Yang paling besar iaitu si mati merasa syak atau ingkar terhadap ALLAH Taala ketika menghadapi sakaratul maut.Keadaan ini akan menyebabkan mereka akan ditimpa azab yang berkekalan.

2.Simati marah dengan ketentuan ALLAH SWT,membantah,berlaku zalim dalam wasiatnya atau mati dalam keadaan berterusan melakukan sesuatu dosa.

Memohon Ketetapan Hati:

Nabi SAW banyak berdoa dengan doa ini:

Yang bermaksud “Wahai TUHAN yang selalu mengubah (membolak-balikkan) semua hati,tetapkan hatiku atas agama-MU. (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Sekian.Wassallam.

Ramli Abu Hassan hp:+6-019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

 

About these ads
Comments
  1. […] Husnul Khatimah-Setiap penyakit ada ubatnya hanya MATI!Adakah anda berusaha mencari Husnul Khatimah? […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s