Hidup dan Mati adalah kuasa Allah SWT-Kita perlu selalu kerja kuat dan berdoa…cerita dari Chile..

Posted: October 14, 2010 in places on earth, safety and security
Tags: , , , ,

Keajaiban pelombong Chile

KAPSUL yang diguna untuk mengangkut seorang demi seorang 33 pelombong disusun kedudukannya semasa permulaan operasi menyelamat di lombong San Jose di Copiapo, 800km ke utara Santiago, Chile, kelmarin. – REUTERS



 

LOMBONG SAN JOSE 13 Okt. – Setelah lebih dua bulan terperangkap, pasukan penyelamat Chile yang menggunakan sebuah kapsul hari ini akhirnya berjaya membawa keluar 14 daripada 33 pelombong yang terperangkap 700 meter di bawah tanah di sebuah lombong di sini, setakat pukul 10 pagi tadi (pukul 11 malam waktu Malaysia).

Sepuluh pelombong itu kesemuanya lelaki dibawa naik seorang demi seorang dalam tempoh lebih tujuh jam dalam operasi yang kelihatan berjalan lancar di gurun Atacama.

Drama menyelamat tersebut menarik perhatian seluruh dunia yang kagum dengan ketabahan dan semangat setiakawan pelombong-pelombong terbabit, sementara pegawai-pegawai merancang operasi menyelamat dengan rapi sejak dua bulan lalu untuk menyelamatkan mereka.

Pelombong pertama yang dibawa keluar ialah Florencio Avalos yang memakai kaca mata hitam untuk melindungi matanya daripada silau cahaya terang.

Avalos, 31, keluar sambil senyuman lebar lalu memeluk anak lelakinya, Bairon, 7, dan isterinya sebelum didakap oleh Presiden Chile, Sebastian Pinera sejurus sebelum tengah malam tadi (11 pagi ini waktu Malaysia).

Pelombong kedua, Mario Sepulveda Espina muncul kira-kira sejam kemudian dan jeritannya telah kedengaran sebelum kapsul membawanya tiba di permukaan darat.

Selepas memeluk isterinya, Elvira, Espina dengan gembira menghulurkan batu-batu dari bawah tanah itu yang dianggapnya sebagai ‘penjara’ sebagai cenderamata kepada para penyelamat.



 

Kemudian dia melompat-lompat seolah-olah untuk membuktikan dia masih kuat sebelum dibawa oleh pasukan perubatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sejam kemudian disusuli pelombong ketiga, Juan Illanes, diikuti satu-satunya warga asing di kalangan pelombong yang terperangkap itu, Carlos Mamani dari Bolivia, dan kemudian pelombong termuda, Jimmy Sanchez, 19.

Bagi lima pelombong pertama, operasi membawa naik seorang pelombong setiap satu jam, menepati jadual yang diumumkan untuk membawa keluar mereka semua dalam masa 36 jam.

Selepas operasi membawa keluar lima pelombong itu, pasukan penyelamat berhenti seketika untuk meletakkan minyak pelincir pada roda spring yang membolehkan kapsul bergerak lancar menerusi lubang keras dalam batu, sebelum membawa naik pelombong seterusnya.

Kejayaan membawa keluar pelombong terakhir di atas permukaan lombong menandakan tamatnya krisis pelombong terperangkap yang bermula apabila 700,000 tan batu runtuh pada 5 Ogos lalu, menyebabkan 33 pekerja lombong itu terperangkap di dasar lombong. – AP

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s