Posts Tagged ‘sukan’

Tadi semasa di masjid menunaikan solat asar,Ramli apabila sampai ke kawasan masjid terlihat budak2 lelaki sekolah agama bermain dengan botol coke kosong diisikan air!Mereka tendang menendang seperti bermain bola sepak dan sungguh menyedihkan melihat situasi ini!

Negara duk sibuk menjerit untuk menghasilkan ahliahli sukan bertaraf dunia dan disini kita lihat murid2 sekolah yang masih muda sedang bermain dengan alat alat yang bukan alat sukan tapi botol coke yang kosong seperti Malaysia ini negara yang mundur dan bukan menghala ke negara ekonomi yang tinggi!

Siapa punya salah ini?Kenapa pihak sekolah tak sediakan alat alat sukan untuk riadah murid2 dan kenapa ibu bapa tak ambil berat akan pembangunan kesukanan anak2 mereka?

Semasa Ramli sekolah rendah dahulu sejak  tahun 1963 lagi,Ramli dengan rakan2 karib bermain macam2 sukan seperti guli,gasing,layang2,konda kondi,bola “chop chop’,getah lastik,kotak2 rokok dibaling dengan selipar,bola sepak,dan banyak lagi…malahan ada saje mainan yang boleh di mainkan bersama kawan2.

Semua aktiviti riadah ini sangat seronok dan masih Ramli ingat sampai sekarang!

Tadi,Ramli lihat budak sekolah agama main tendang botol kosong coke,apa nak jadi ini?

Adakah murid2 sekolah di Malaysia tiada bimbingan sukan atau bantuan alat2 sukan yang mencukupi?

Ramli ingin cadangkan atau akan membuat “revolusi aksi” dengan menggalakkan murid2 sekolah beriadah dengan bermain sepak takraw atau dulu dipanggil sepak raga!

Ini adalah sukan tradisi Melayu dan seluruh Nusantara Melayu jadi mempopularkan sukan takraw ini ibaratkan menghidupkan budaya melayu kita kembali.Inshallah

Lihatlah vidio2 permainan takraw dan kelebihan seronoknya sukan ini:

Ini berita dari Bernama di Utusan Online:

Transformasi sukan sebagai industri

KUALA LUMPUR – Malaysia mahu menjadikan sukan sebagai industri yang mampu menjana pendapatan kepada negara dan mengubah pandangan bahawa bidang itu hanya semata-mata akvitiviti rekreasi dan penjagaan kesihatan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Peng Shieu berkata, kerajaan telah merangka pelan dengan mengambil model negara-negara yang berjaya mengubah sukan kepada industri menjana pendapatan.

“Kami berpendapat sudah tiba masa untuk mentransformasikan industri sukan.

“Kementerian Belia dan Sukan kini bekerja ke arah mengumpul semua data yang relevan,” kata Peng Shieu.

Menurutnya, tanpa data, industri sukan tidak dapat dibentuk kerana nilainya tidak dapat diketahui dari segi menjana pekerjaan serta sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Pendapatan Negara Kasar (GDI).

“Seperti Persatuan Pemain Golf Profesional Amerika Syarikat (USPGA) kerana kajian menunjukkan terdapat lebih 100 produk perdagangan dan perkhidmatan dalam Jelajah PGA. Pendapatan tahunan industri itu adalah lebih besar daripada Hollywood.

“Jumlah aliran wang bukan saja berbentuk pendapatan tetapi perkhidmatan berkaitan yang lain seperti sains sukan dan ubat-ubatan,” katanya.

Peng Shieu berkata, sejak tahun lalu, kementerian telah memulakan proses mendapatkan input rundingan dan profesional dari pelbagai pemegang kepentingan dan kumpulan profesional.

Salah sebuah usaha itu ialah menganjurkan Konvensyen Industri Sukan Malaysia tahun lepas dan penubuhan makmal Bidang Ekonomi Utama Kementerian (MKEA) Industri Sukan mulai 22 September hingga 29 Oktober ini.

Penubuhan makmal itu adalah usahasama oleh kementerian, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan MAMPU di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Kami menubuhkan sebuah sekretariat bagi mengumpul data dan menerima cadangan sejak Jun lalu. Minggu lepas kami mengadakan perbincangan meja bulat mengenai cara menggalakkan industri sukan secara lebih tertumpu,” katanya.

Katanya lagi, tunggak kumpulan terdiri daripada 35 anggota telah di bawah masuk oleh kementerian untuk merangka pelan tindakan dengan bantuan PEMANDU sebelum pelan itu dilaksanakan tahun depan.

Bagaimanapun, bukan semua jenis sukan boleh dikomersialkan dan tumpuan terhadap sukan yang mempunyai nilai komersial seperti bola sepak, golf, ragbi, bola keranjang, badminton dan sukan permotoran.

Menurut perangkaan kementerian, nilai import “Freight On Board” (FOB) untuk peralatan berkaitan sukan bertambah dari RM1.4 bilion pada 2008 kepada RM3.07 bilion tahun lepas. – Bernama on 13-09-2010

Untuk mempromosikan Sukan Tinju Professional dan MuayThai harap hubungi Ramli -Promoter Sukan Tinju & MuayThai sejak 1997.Mobile +6-019-2537165 atau emel: ramlipromoter@yahoo.com

lihat vidio2 sukan yang Ramli menjadi Promoternya:

When Ramli and his Company DPS Promotions were promoting the “Thriller at The Peak” Pro-Boxing Championships at Genting Highlands in March,1997,Ramli’s Boxing Advisor Mr.Henry Tongmo O from Korea taught Ramli about the importance of “TDR” in Sports Excellence.

What is TDR?

TDR means Training,Diet and Rest.

All sports person who wants to be a World Champion must have this TDR approach or discipline.

Firstly,the sports person must have Good Training.Here it means you must excel in yoru sports through lots of training to polish your skills,physical and strategies.Without good training you will never be a World Champion.

Secondly,you must have the best diet programme where your body will be condition to perform excellently and able to withstand all the challenges during the competition period.

To have good training but with poor diet can make the budding sportsperson lose their event since they are not 100% ready..

Finally,the third factor is must have ample rest.All excellent sportsperson who have good training and diet but with no discipline of good ample rest will not be able to win championships since their opponents are always at 100% peak performance and all of them may abide to this “TDR” Factor.

Are Malaysian sports person possessed this “TDR” factor all the time?Maybe not,since we always lose the great opportunity to be World Champions or Asian Champions due to the lack of either the T,D or R factor!Many times it is more the T and R factor and the D factor is always at our good control since cost of food and drinks are always budgeted and well taken note.If this is true,then its high time we focus on the T and R factor now!

The London Olympics is just 2 years away and if we do not give our 100% committment like this “TDR” factor then maybe 1/2 the battle is lost already and that will certainly not make any Malaysian Sportsperson win a GOLD MEDAL,for sure!

Can we wait again for 2016 for our 1st Malaysian GOLD Medal?YOU tell me if you are still “alive” in 2016?

Malaysia Boleh! That’s the Spirit to Win Malaysia’s 1st Gold Medal at this 2012 London Olympics and almost RM1Million waiting to be banked in to the Malaysian Sportsperson/s account.WOW!

To know more on this “TDR” Factor for Sports Excellence,please contact Ramli at hp:+6-019-2537165

Watch this video where Mr.Henry O gave his maiden lecture in 1996 on Professional Boxing taking roots in Malaysia after the famous Muhammad Ali vs Joe Bugner Fight in 1975.


Inginkan pingat Olimpik (terbit di Utusan Malaysia 01-09-2004)
Oleh RAMLI ABU HASSAN

SUKAN Olimpik 2004 di Athens, Greece tamat Ahad lalu dan atlet Malaysia pulang dengan tangan kosong tanpa sebarang pingat.
Kenapakah prestasi sukan Malaysia di peringkat dunia seperti Sukan Olimpik ini sungguh teruk dan tanpa sebarang hasil mahupun semangat sukan yang membanggakan?
Tidak wajar kita salahkan atlet negara yang telah dididik, dimotivasi dan diarah untuk menunjukkan prestasi yang terbaik.
Seseorang atlet dibina atas usaha awalan dan program latihan yang telah direka, dipersetujui dan dilancarkan oleh pihak pengurusan pertubuhan sukan tersebut.
Para atlet hanya perlu berusaha untuk berlatih bersungguh-sungguh dan menghasilkan kejayaan dalam sukan masing-masing. Mereka tidak terlibat dari aspek dasar, pembentukan strategi, bimbingan secara berterusan dan imbuhan yang akan ditetapkan oleh pertubuhan tersebut termasuk pihak Kerajaan Pusat atau negeri.
Untuk menghadapi Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China kita perlu membuat beberapa perubahan drastik dan radikal untuk memastikan segala kegagalan yang kita hadapi pada Sukan Olimpik di Athens tidak berulang.
Pertama, ada empat tahun lagi untuk menuju ke puncak kejayaan Sukan Olimpik 2008.
Ini perlu pengurusan masa yang terbaik dari semua pihak terutamanya pihak pengurusan atasan pertubuhan sukan.
Tanpa pengurusan masa yang terbaik dan kawalan rapi ini, maka agak mustahil atlet negara berjaya dibentuk dan mampu menandingi atlet dari negara maju sukannya.
Kedua, kita perlu pegawai sukan yang ada komitmen dan `keghairahan’ untuk menghasilkan atlet sukan yang cemerlang bukan sahaja di peringkat negara tetapi di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.
Jika ingin berjaya dan kekalkan kejayaan, kita perlu prestasi bertaraf dunia dan bukan menjadi juara dunia hari ini dan juara kampung esoknya. Ketiga, kita perlu memulakan perancangan sukan pada peringkat sekolah rendah lagi.
Untuk mencapai kemenangan yang teragung dan terpuji seperti menjadi juara Olimpik, perlu suatu usaha yang lama, berdedikasi dan penuh perancangan yang baik.
Seseorang juara Olimpik biasanya akan matang dalam fahaman sukannya apabila sudah banyak menyertai kejohanan sukan sebelum boleh berjaya di peringkat dunia apatah lagi menjadi juara dunia dan juara Olimpik.
Keempat, kita perlu ada banyak pertandingan baik di peringkat sekolah, daerah, negeri dan nasional dan antarabangsa.
Apabila kita ada banyak peluang bertanding, kita akan berjaya mengenal pasti tahap kemampuan atau prestasi sukan kita berbanding dengan pihak lawan. Ini adalah cara penanda aras yang biasa kita amalkan dalam dunia bisnes atau pengurusan di mana kita mengukur tahap diri kita dengan mereka yang lebih berjaya atau berprestasi tinggi.
Kelima, mengikut pengalaman saya sebagai promoter sukan tinju dan Muay Thai profesional, kita perlu ada tiga perkara penting dalam jiwa setiap atlet. Mereka perlu ada sistem pemakanan yang terbaik, menjalani latihan sepenuhnya dan rehat yang mencukupi.