Posts Tagged ‘ustaz’

Ramli dapat tahu akan hal jamuan makan bersama Rasulullah saw dari perihal buku ini:

Jamuan Makan Bersama Nabi
Overview
ID Produk 823
Kategori Buku Islam  
Berat per unit 0.21 kg  
Harga Rp 22.400  
Spesifikasi  
Ukuran 14.1 x 20.5 cm  
Penulis Mahmud Nashar  
Tebal 172 hal  
Volume 172 hal  
Deskripsi  
Berbicara seputar makanan dan minuman, akan menyita segala perhatian setiap insan, pagi, siang, malam, kapan saja. Namun jauh di luar dugaan kita, semua telah diajarkan oleh nabi.
Pola makan sehat yang banyak diterapkan oleh umumnya manusia sekarang, khusunya orang muslim, mungkin masih relatif jauh dari gambaran petunjuk yang diajarkan oleh Nabi Muhammad baik kebiasaan sebelum makan, pada saat makan, bagaimana cara beliau makan, dan gambaran cara minum beliau serta adab-adab penunjang seputar itu. Pribadi nabi adalah himpunan dari gambaran adab dan akhlaq yang mulia. Beliau menjadi madrasah bagi manusia yang ingin belajar tatakrama yang lurus dan manhaj kehidupan dalam setiap gerak yang beliau lakukan dan setiap kalimat yang beliau ucapkan.
Lantas, makanan apa saja yang biasa beliau konsumsi ? Apa saja yang paling beliau sukai dan benci ? Bagaimana perlakuan beliau terhadap makanan ? Bagaimana agar makanan itu mengandung berkah ? Dan berpuluh-puluh pertanyaan masih tersimpan dibenak kita dan haus akan jawaban. Semua jawaban tersaji dalam buku ini, Insya Allah anda akan mendapati gambaran riil dalam setiap babnya, semua tersaji dengan baik dan dapat dicerna dengan mudah. Selamat menyimak.

Daftar Isi:

Muqaddimah
-Petunjuk Rasulullah Mengenai Etika Makan
-Karakteristik Perjamuan Nabi
-Petunjuk Nabi dalam mengundang jamuan makan
-Menghadiahkan Makanan Kepada Rasulullah
-Anjuran Rasulullah Untuk Member! Makan Orang yang Kelaparan
-Anjuran Rasulullah Untuk Makan Dengan Tangan kanan
-Do’a Nabi Untuk Ahli Shuffah Atas Kadar Susu yang sedikit Namun Banyak Orang yang -Meminumnya
-Ciri-ciri Mangkok Besar yang Digunakan Sebagai Alat Makan Oleh Rasulullah Dan -Empatpuluh Orang dati Kaumnya
-Anjuran Rasulullah Untuk Mengadakan Jamuan Bagi Tamu, Namun tidak boleh -berlebih-lebihan
-Walimah Pernikahan Rasulullah
-Anjuran Rasulullah Untuk Mengadakan Walimah Pernikahan
-Anjuran Rasulullah Untuk Memenuhi Undangan
-Anjuran Rasulullah Untuk Memenuhi Panggilan Walimatul ‘Urs
-Aqiqah yang Dilakukan Nabi Untuk Hasan Dan Husein
-Anjuran Rasulullah Untuk Melaksanakan Aqiqah
-Anjuran Rasulullah Untuk Membuatkan Makanan Bagi Orang yang Ditinggal Mati -Keluarganya
-Gambaran Ajaran Rasulullah Saat Menghidangkan Makanan
-Gambaran Tentang Makanan Rasulullah
-Cara Makan Rasulullah
-Hadirnya Syetan Pada Saat Jamuan Makan dan Bagaimana Cara Mengalahkannya
-Adab Tata Cara Rasulullah «H Saat Menyantap Makanan
-Cara Duduk Rasulullah & Saat Akan Menyantap Makanan
-Larangan Rasulullah tentang makan sambil duduk bersandar
-Rasulullah Duduk Diatas Lutut Di Hadapan Makanan yang Dihidangkan
-Rasulullah Berjongkok Saat Makan
-Rasulullah Meletakkan Makanan Di Sebelah Kanan Beliau
-Gambaran Cuka Rasulullah
-Dengan Apa Rasulullah Makan?
-Gambaran Cara Makan Rasulullah Dengan Mangkuk Besar
-Gambaran Tentang Nampan Besar Rasulullah
-Perintah Rasulullah Untuk Menyantap Makanan yang Ada Di Hadapannya
-Cara Makan Rasulullah
-Larangan Rasulullah Memakan Dua Kurma Dengan Sekali Santap
-Rasulullah Membersihkan Jari jemari Beliau Dengan Lidah
-Menjilati Jari Jemari
-Anjuran Rasulullah Untuk Membersihkan Qash’ah (nampan)
-Do’a Penyembuh Penyakit…………………………………………….87
-Mata Air yang Memancar Dari Tanah Melalui Tangan Rasulullah
-Memenuhi Kantung Air (dari kulit) Untuk Merendam Makanan
-Perintah Rasulullah Untuk Menghemat Makanan
-Kerikil Dan Makanan Bertasbih Di Tangan Rasulullah
-Rasulullah Memuji Allah Setelah Makan
-Do’a Rasulullah Bagi Orang yang Membuat Makanan Untuk Beliau
-Seorang Muslim Makan Dan Minum Dengan Satu Usus, Sedangkan Orang Kafir Dengan -Tujuh Usus
-Do’a Rasulullah Saat Kenyang
-Perintah Rasulullah Untuk Mengikat Tempat Makanan Dengan Tali Sambil Menyebut -Nama Allah
-Rasulullah Tidak Memaksa Orang yang Sakit Untuk Makan
-Rasulullah Tidak Meninggalkan Makan Malam
-Keberkahan Dalam Makanan Rasulullah
-Makanan Rasulullah
-Rasulullah tidak pernah makan roti atau daging sampai kenyang dua kali sehari
-Gambaran Roti yang Dimakan Rasulullah
-Anjuran Rasulullah Untuk Makan Roti Dan Tidak Menunggu Lauk Pauk
-Perintah Rasulullah Untuk Mencuci Tangan Setelah Makan
-Keutamaan Tsarid (Roti yang Diremuk Dan Direndam Dalam Kuah) Atas Makanan -Lainnya
-Rasulullah Makan Mentimun Dengan Kurma yang Matang
-Daging yang Paling Disukai Rasulullah
-Rasulullah Menyukai Daging Lengan
-Rasulullah Berselera Atas Daging Bagian Punggung
-Rasulullah Memperbanyak Kuah Daging Dan Beliau Menganjurkan Hal Tersebut
-Anjuran Rasulullah Untuk Membersihkan Tulang (Dengan Gigi) Supaya Daging yang Ada -Pada Tulang Tersebut Dapat Dimakan
-Larangan Rasulullah, Untuk Memotong Daging Dengan Pisau
-Celaan Bagi Orang yang Terlalu Banyak Makan Daging
-Rasulullah Memakan Makanan yang Dipanggang
-Rasulullah Menyantap Daging Kambing
-Pujian Rasulullah Untuk Makanan Daging Dan Kesukaan Rasulullah Kepada Labu
-Rasulullah Makan Labu Dan Dendeng
-Kekaguman Rasulullah Pada Tamr (kurma kering) Dan Air Susu Dan Menyebutnya -Sebagai Dua Makanan yang Baik
-Rasulullah Makan Dendeng
-Rasulullah Makan Kue Puding
-Rasulullah Memakan Kurma yang Ad-Dawali (Kurma yang Digantung Kemudian Baru -Dimakan Setelah Matang)
-Rasulullah Memakan Keju
-Rasulullah Memakan Daging Kelinci
-Perintah Rasulullah Untuk Mencelupkan Kedua Sayap lalat yang Jatuh Ke Dalam -Makanan Atau Minuman
-Makanan yang Dikagumi Rasulullah
-Rasulullah Menyukai Manisan Dan Madu
-Makanan yang Tidak Disukai Rasulullah
-Rasulullah Tidak Suka Makan Bawang Putih
-Rasulullah Makan Bawang Merah
-Rasulullah Makan Tamr (Kurma Kering)
-Rasulullah Memeriksa Terlebih Dahulu Tamr yang Terkena Ngengat (Serangga) Sebelum -Dimakan
-Rasulullah Makan Daging Burung Bangau
-Rasulullah Makan Belalang
-Rasulullah Makan Daging Hewan Laut (Ikan)
-Rasulullah Menggabungkan Dua Jenis Makanan
-Rasulullah Makan Keju Dengan Kurma Kering
-Gambaran Minuman Rasulullah
-Rasulullah Minum Dengan Berdiri Dan Duduk
-Rasulullah Minum Dari Geribah (Kantung Air Terbuat Dari Kulit)
-Rasulullah Suka Minum Air Tawar yang Dingin
-Rasulullah Meminta Air Tawar Saat Ingin Minum
-Rasulullah Minum Air Dingin
-Rasulullah Minum Air Sisa
-Rasulullah Minum Air Zam-zam
-Rasulullah Minum Susu
-Kesunnahan Minum Dengan Tangan Kanan
-Rasulullah Minum Susu Dalam Beberapa Kesempatan
-Rasulullah Berkumur Setelah Minum Susu Berdoa Setelah Minum Susu Minum Madu
-Rasulullah Menyukai Manisan Dan Madu
-Rasulullah Minum Rendaman Air Dari Kurma Kering
-Rasulullah Minum Air Rendaman Dari Anggur Kering dengan Dicampur Air Biasa
-Rasulullah Minum Nabidz (Air Dari Rendaman Anggur Kering) yang Belum Sampai Pada -Tingkat Memabukkan
-Catatan

 

See and listen this song “Smile” by Jermaine Jackson and MJ…

Hari ini adalah Ramadan ke-21 dan kita sudah masuki FASA 3 (FASA TERAKHIR setelah kita hadapi Fasa 1 dan Fasa 2)

Masjid Khariah Ramli telah mulai membuat Qiamulail pada Malam 20 dan akan diakhiri pada Malam terakhir Ramadan.Qiam bermula jam 3.30 pagi dan berhenti sebelum sahur jam 5.00 pagi

Pihak AJK Masjid telah menjemput Ustaz2 untuk hadir bersama untuk mengetuai Solat2 Sunat seperti Sunat Tasbih,Sunat Hajat dll

Solat Tahajud digalakkan para2 jemaah melaksanakan sendiri dahulu.

Semoga kerajinan dan kehadiran jemaah di Malam2 Qiam ini akan membantu dan mengharap anugerah Allah SWT dengan mendapat Lailatul Qadar pada Malam2 Ramadan yang ganjil itu samada 21,23,25,27 atau 29.Inshallah.

Lailatul Qadar kita akan dianugerahkan dengan ibadat 1000 bulan.JOM Qiam Setiap Malam-Ramadan akan Berakhir beberapa hari je lagi!

 

Ajaran Sesat di Malaysia

Sumber: JAKIM

Pendahuluan

Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat,

yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup

keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

 

Latar Belakang

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan

menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpinoleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri diSemenanjung, Sabah dan Sarawak.

 

Takrif Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

 

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:

 

Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang

menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

 

Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti

Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang

boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

 

Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.

Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.

b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.

c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.

d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

 

Last edited by Abang Chik; 26-09-2008 at 11:46 PM.

 

Ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan oleh JAKIM:

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55 Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

DAN BANYAK LAGI…SILA RUJUK PADA JAKIM UNTUK STATUS TERKINI.

Ramli berpeluang memerhati tingkah laku murid murid Sekolah Tahfiz Al-Quran dimana anak buah Ramli telah melangsungkan perkahwinannya di rumah bapanya di Meru,Klang semalam.Kebetulannya mereka adalah anakanak murid anak buah Ramli nama nya Ustaz Hafiz al-Hafiz bin Ayob.

Seramai 20 orang anak murid telah berkampung di rumah Ayob (adik saya) dan diiringi oleh Ustaz mereka yang satu lagi.Mereka nampaknya sangat berdedikasi membuat segala kerja yang telah di khususkan untuk mereka serta kerja2 sambilan yang selalu timbul dalam sesuatu majlis perkahwinan di rumah2 Melayu kita dari yang dihadapi apabile membuat majlis perkahwinan di Dewan2 atau Hotel2.

Kemesraan sesuatu majlis perkahwinan di kawasan rumah Ramli rasa adalah lebih seronok,menarik,puas hati dan banyak kerja jika dibuat di dewan2 atau hotel2.

Walaupun penat,perlu khidmat ramai jiran2 atau kaum keluarga,tetapi hasil nya atau outcome nya sangat memuaskan dan ekonomi.

Dengan adanya 20 murid2 Hafiz ini,maka kerja kerja membasuh,mengangkat lauk pauk,susun kerusi meja dan yang tambahan berjaya diusahakan oleh mereka dengan baik,memuaskan dan tanpa rungutan.

JIran2 juga membantu memasak dengan “Captain or Chief Cook” yang dilantik dan dibayar Porfessional fee nya.Ini semua perlu kordinasi yang licin,mesra dan patuhi masa.

Hafiz2 ini semua juga sangat taat pada waktu solat dan tiba waktunya serta laungan azan maka semua akan bersolat secara jemaah utama dan jemaah seterusnya kerana dewan solat rumah Ayob agak sempit untuk memuatkan semua hadirin atau Hafiz2 ini.

JIka dibandingkan dengan anak2 muda lain mereka akan tentu lebih kurang disiplin dan perlu dilayani dengan sediakan rokok,makan dan minum serta hadiah2 seperti wang saguhati,baju dan masa rehat yang sesuai untuk mereka itu.

Hafiz2 ini tidaklah begitu cerewet dan mereka sentiasa patuh pada arahan Ustaz mereka dan sedia brkhidmat pada Ustaz mereka yang bernikah dan khidmat ikhlas dengan Allah SWT dan memohon restu akan barakah dan kasih sayang Allah SWT pada mereka.

Hafiz2 ini juga sangat patuh pada solat harian mereka dan tiba waktu solat,semuanya akan bersolat jemaah.Walaupun demikian,rumah Hj.Ayob saya agak sempit ruang solat jadi Hafiz2 ini serta orang lain perlu ikut giliran bersolat jemaah.

Iini lah harapan Malaysia pada masa akan datang dimana dengan didikan agama yang terbaik melalui didikan menjadi Hafiz atau Hafazan,kita akan berjaya melahirkan bakat2 Melayu Islam yang tinggi kaliber ilmu,akhlak mulia serta berani menegak kebenaran dan sabar mengharungi cabaran hidup sendiri,keluarga,agama dan bangsa.

Seperti Ulama2 Besar dan Cendiakawan Islam dahulu seperti Ibn Sina,AlFarabi dan ramai lagi pakar2 ilmuwan,mereka semua bermula dengan menjadi Hafiz dan kemudian belajar ilmu2 seperti falak,matematik,sains,kimia,fisik,sejarah,fiqh,dan lain2.Dengan cara didikan Islam ini kita berjaya menghasilkan Cendiakawan yang hebat2 yang menjadi Pelopor Ilmu serta Pakar2 Saintis Dunia.

Kenapa kita seperti diMalaysia tidak confident dengan prestasi didikan secara Islam kita sendiri?Kenapa kita masih memilih cara Barat yang tidak ada “ruh Islam” atau “amalan Islam” itu?Kita lupa akan hasil sejarah ilmu pendidikan Islam kita?Kita lupa bahawa dengan cara pendidikan Islam,kita telah berjaya membawa “sinar” kepada kemajuan dunia dan tamadunkan dunia dengan hasil2 ilmu seperti algebra,perubatan,falak,chemistry,jelajah dunia,pembukaan kota2 baru,sistem hidup yang lebih teratur dan berdisipin dan banyak lagi yang telah membina kehidupan semua manusia menjaid lebih baik,aman dan mulia.

Sekarang,Kerajaan Malaysia melalui UMNO telah sarankan agar semua murid belajar sejarah dengan serious terutama sejarah Malaysia!Adakah kita akan menjadi lebih maju dengan cara ini atau hanya setakat lulus peperiksaan sahaja?

Sejarah perlu dibelajar secara menyeluruh bukan setakat bacaan buku je tetapi faham mengapa berlaku sesuatu hal itu dan apakah significant hal2 atau insiden2 yang sejarah telah mencatitkan nya?

Seperti May 13,1969,ap sebenar yang berlaku dan apakah perkara2 atau isu2 yang timbul dengan meletusnya rusuhan atau “clash” of the races in Malaysia?Kalau kita tidak buat analisa,kajian dan faham fakta2 sebenarnya,maka sejarah sudah di “tipu” dan anak2 kita akan faham apa yag di tulis dalam buku2 mereka dan bukan fakta2 yang sebenarnya!Inilah risiko dan bahayanya jika sejaraj berjaya di tipu atau putar belitkan!

Agama Islam juga sudah di putar belitkan oleh musuh2 Islam dan dalam buku2 sejarah ada mengatakan yang Islam ini penganas,jahat dan tidak berperikemanusiaan?Mengapa ini berlaku?

Kita umat Islam yang masih hidup patut bangga dan menjagai agama kita dengan baik dan rapi!Kita patut bersuara lantang dan berani bertindak jika ada sesiapa yang mengina Agama dan Nabi Muhammad saw kita!Kita perlu menegakkan yang benar dan hapuskan yang salah atau kerja2 haram seperti Riba,Akhlak Tidak Baik atau Nilai2 Buruk,amalan rasuah,tiada silatulrahim,tidak jujur dan amanah serta banyak lagi yang tidak Islamic!

Kita umat Islam seperti yang akan kita hasilkan dengan baik dan banyaknya seperti murid2 Hafiz an Hafazan kita ini akan menjadi harapan Bangsa dan Agama kita agar Islam dan Malaysia berjaya,aman,berdisiplin,makmor dan berintegriti dan beragama kuat selalu.Inshallah.

Hubungi Ramli di 019-2537165 atau emel  ramlipromoter@yahoo.com

Foto2 di perkahwinan Hafiz di Meru ,KLANG:

Adalah sangat baik bagi yang biasa atau yang Istiqamah datang ke Masjid Nahdhah sepanjang tahun ini mengenalpasti senarai Tuan2 Guru serta Ustaz2 dan Uztazah2 yang telah mengajar melalui tazkirah serta kuliah2 mereka samada hanya sekali setiap bulan atau yang bersiri setiap minggu atau dua minggu sekali dan seterusnya.Ini adalah senarainya:

  • Ustaz Zawawi Yusof -Hadis 40
  • Ustaz Ali Tuah-Tassauf
  • Ustaz Azmi Suhaili-Sirah
  • Ustaz Uda Kassim -Tafsir Al-Quran
  • Ustaz Muhaimin-Tafsir Al-Quran
  • Tuan Syed Abd Rahman-Ratib Haddad
  • Ust Dato Nahrawi-Akhlak
  • Tuan Guru Ust Ahmad Shauqi-Tajwid
  • Ustaz Farid Hashim-Aqidah
  • Ustaz Yusof Arbian-Siratulmaut
  • Ustaz Husni Zain-Aqidah
  • Tuan Guru Ustaz Ghazali Hasbullah-Aqidah
  • Ustaz Amran Yusof-Fiqh
  • Ustaz Wan Adam-Syariat
  • Ustaz Idris Abdullah-Fiqh
  • Ustaz Azrul Hakim-Syariat
  • Ustaz Jaffarudin-umum
  • Tuan Guru Ustaz Safwan Fathy-bekas Tuan Nazir
  • Ustaz Saifuddin
  • Ustaz Nik Bakri
  • Ustaz Kamal Ashari
  • Ustaz Yusof Hassan
  • Tuan Guru Ustaz Shamsuddin
  • Ustazah Dr.Asiah
  • Ustazah Huzaimah
  • Ustaz Misbul Munir
  • Ustazah Siti Rohliah
  • Ustaz Taufik Musaddad
  • dan ramai lagi…